//one direction.

Bonjour ♥


nice to meet you..enjoy your life.. :D

we are from USERS CLUB,SMKPW... ♥
Free Site Counters
Free Site Counters


Tagboard ♥




Credits ♥

Template and skins : NurIzzati
Background and Photo : We♥it


BERHENTI MEMBELI-BELAH !!!! MULAKAN KEHIDUPAN BARU
Tuesday 27 March 2012 | 04:22 | 0 hearts♥
ASSALAMMUALAIKUM ^.^

Tajuk pada hari ini ialah 'berhenti membeli belah dan mulakan hidup baru"

     Kebelakangan ini, terdapat ramai individu mengamalkan sikap suka membeli belah. Hal ini akan menyebabkan ekonomi negara kita merosot. Sikap yang suka membeli belah juga akan merugikan diri sendiri kerana wang kita akan berkurangan kerana sering membeli belah. Malah ia akan berlakunya pembaziran dan kemungkinan ia akan menyebabkan kita tiada duit simpanan untuk digunakan untuk ketika kecemasan.

          Kenapa adanya sikap suka membeli belah ?. Soalan itu mungkin anda tertanya-tanya bukan. Hal ini kerana, kita terlalu mengikut kehendak diri , dan kehendak individu untuk memuaskan nafsu semata. Sebaik-baik sahaja suatu kehendak dipenuhi, timbul pula kehendak yang lain.  Hal ini bermakna, individu memang tidak puas dengan apa yang telah diperolehi.

          Kita haruslah elak dari sikap suka membeli belah kerana ia tidak akan membawa kita keuntungan sebaliknya akan membuat kita kekurangan duit kelak. Mulakan kehidupan baru dengan menabung dan membeli barang keperluan sahaja. Oleh itu, setiap individu  perlu menabung sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan yang kurang pasti dan risiko di luar jangkaan. Bak kata pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan "

        Sebagai contoh, andaikan anda kehilangan pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi . Jika anda mempunyai tabungan anda dapat menggunakan wang tersebut untuk menyara dan membiayai kehidupan sementara mendapat pekerjaan yang lain . selain itu, andaikan jika anda seorang pelajar dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi sama ada didalam atau pun diluar negara . Mungkin kebanyakan ibu bapa akan membuat tabungan supaya dapat mengumpulkan wang yang mengcukupi untuk menapung kos pendidikan anak-anak mereka pada masa hadapan. Oleh yang demikian pekara ini haruslah disedari oleh setiap pelajar.

           Mulakan hidup baru dengan cara menabung seperti menyimpan duit di bank atau pun melabur di dalam skim pelaburan yang di keluarkan oleh institusi perbankan. Sekiranya susah untuk menyimpan duit di bank , anda juga boleh menabung sedikit demi sedikit bak kata pepatah " sikit-sikit lama-lama jadi bukit ".

              Akhir kata untuk anda  berhentilah membeli belah demi mengelakkan dari kebocoran wang.  Dengan adanya tip yang telah saya berikan semoga anda dapat mulakan hidup baru yang berkualiti. Sekian terima kasih .

            
~ ain ~




new blog!!
Wednesday 22 February 2012 | 22:37 | 0 hearts♥


hey2..new blog lah..hhehhe...jom2 follow..hheheh..over lak...
oke,,blog ni dikongsi brsama aien sbb ktorg nk msok
contest KELAB PENGGUNA ( blog ),,,ktorg wt antara skola dlm malaysia ni...
wooowww...gile an,,aq gn aien amek cbaran ni,sbb nk dpt sijil je,,tu law xmnag la..
law menang dapt RM1000 taw,,,sape yg xnk an,,so ktorg pon join la,,
k..hope korg sokong and singgah2 and follow2 la blog ni key...
salam,,,XD